ku rindu padamu sayang...

dinihari yang dingin
membeku hati
seribu kata kelu hilang di bawa angin
dan hati pun resah dalam kelam
pabila angin yang setia membawa berita
hilang di lautan malam
wahai angin malam
bawalah rinduku padanya
kerana ku tahu dia sedang resah menanti
di peluk sepi dalam duka semalam
kerna ku ingin dia sentiasa merasai cintaku
walau jauh jarak memisah
walau sepi tanpa berita
namun aku tetap merasai getarnya rindu
dari suara hatinya tanpa sempadan
dan ketahuilah sayangku
ombak yang setia menemani pantai
aku ingin lebih setia darinya...
dan ku nanti angin malam
untuk khabarkan rinduku yang seluas lautan
dan renangilah manisnya rindu
hanya buatmu...
terima kasih sayang,
kerna izinkan aku terus merindui dirimu...

~one love~



Comments

Popular posts from this blog

Ku Titipkan Doa Buatmu Di Penghujung Rindu...

Erti Rindu...

Bintang Hatiku Puisi Rindu