Setiaku Di Sini
Pernah aku bingkiskan dalam waktu yang indah tidak terjangkau oleh fikiran kita akan bersatu hati menyusun rindu dan sayang menghurai seloka dan bicara tawa dalam gurauan yang riang bahgia bersama tanpa terlihat tangan yang menghalang... dahulu yang indah penuh bahgia dan rindu yang mencengkam kau dan aku adalah satu satu ketika menjadi cemburu hati yang melihat dan meneka siapakah di hatimu sayang yang mempu membuat jiwa geloramu tersenyum riang setiap detik dan aku jadi anugerah terindah di mahligai hatimu walau telah berlalu kisah cinta kita dengan penuh syahdu dan linangan air mata namun rindu itu tidak pernah menyingkirkan namamu apatah lagi hatimu kerana aku setia di sini menyulam rindu untuk aku persembahkan padamu kasih andai satu detik nanti kau mampu memalingkan kembali hatimu buatku semula ku setia menanti kepulanganmu kembali biar pun hanya seketika kerana setiaku di sini menjaga cintamu dan jiwamu....