Posts

Showing posts from February, 2012

adakah aku perlu dihukum...

adakah aku perlu dihukum hanya kerna kasih untukku telah layu perlukah aku perlu dibenci hanya kerna sayangmu padaku telah hilang adakah aku perlu dibuang dari hatimu hanya kerna cintaku tidak lagi bernilai adakah aku perlu mati hanya kerna tiada ruang lagi di hatimu ...walau apa jua hukuman walau apa jua kau lakukan walau segunung bencimu ku akan setia menyintaimu hinggalah tercabut nyawaku dari jasad hinaku...
dulu pernah terbina sebuah mahligai suci terbina dari keikhlasan hati nan tulus setiap detik tersemai rindu yang mewangi mengharumkan taman hatimu yang sepi dan aku menghulurkan kasih yang tidak ternilai untuk kau rasai manisnya ku harap kau terima seadanya  cintaku yang seluas walau tidak seluas alam maya namun tetap dengan kudrat  ku cuba raih hatimu buat diriku walau ku tahu kau bukan milikku kerna kau mekar di taman larangan namun sedikit pun tiada goyah jiwaku untuk terus menyintaimu dan ku nanti di pinggir hati dengan setia hingga akhir usia walau segunung dosa ku tanggung kerna menyintai dirimu walau aku dihempas segunung bencimu namun tiada pernah ku larikan hatiku untukmu kerna cintaku satu,hanya buatmu miliki andai ada lagi sisa kasihmu buatku...

Berdua Bersatu

kenapa cinta kita selalu saja diduga bagai ada tak merestui kita berdua bersatu atau mungkin kau dan aku ditakdir untuk berpisah walaupun melawan arus kita berdua bersatu seringkali ku mendengar patah tumbuh hilang berganti tetapiku tidak mahu cinta selain darimu jika denganmu salah ku tak mahu yang benar jika denganmu rebah biarlah ku tercalar walau dilanda badai ku sanggup kerna ku mampu kita berdua bersatu jika denganmu kabur ku tak mahu yang jelas jika denganmu hayut biarlah aku lemas walau dilanda ribut ku sanggup kerna ku mampu kita berdua bersatu...
...apa yang sedang kau fikirkan ketika bersendirian...? begitu tanyaku kepada langit yang hitam. ...walau hanya sebahagian, aku tetap ingin mengenang. ...walau tangismu tidak terhitung dan malam tidak berbintang.

Lautan Jiwa

...dalam lautan jiwa ada rasa hidup tenang dan gelora lumrah yang tiada terpisah lautan jiwa di sana ada kehidupan indah di sana segulung dunia dalam lautan jiwa manusia lemas bila mati mati rasa...

kisah hati...

...kisah hati, ada kala tenang dalam keluhuran ada kala berkocak dalam kepiluan ada kala menjerit dalam kegembiraan ...walau aku tidak mengharapkan kebahgiaan itu sentiasa memeluk jiwaku kerana hidupku hanya untuk membahgiakan hatimu kembalikan semula sinar bahgia yang telah hilang itulah bahgia sebenar yang ikhlas bernyawa dalam hatiku....