Posts

Showing posts from September, 2014

Rindu Sentuhan Cahaya Hatimu

Image
saat memandang ke hadapan tiada lagi kelam yang melindungi dan bukan lagi duka yang menyelimuti kerana segalanya telah kau hilangkan dengan sentuhan kasih yang tiada taranya bagiku bercahayalah hatiku dengan cintamu yang suci dan berlindunglah dirimu dalam pelukan kasihku yang tercipta untukmu walau kini hanyalah bayang-bayang silam terpaku aku dalam kesepian dengarlah wahai sayang tidak pernah tersingkir dirimu dari hatiku tidak pernah hilang rinduku padamu seperti mana kau dan mentari pengemis ini akan terus meminta serangkaian cahaya hatimu...