Posts

Showing posts from September, 2015

Di pintu Raudah Syurga Dunia

Duhai kasih hati Merindui dirimu sesuatu yang indah Mencintaimu satu anugerah Ibarat berada di Raudah Taman syurga dunia paling indah Tidak terjangkau tanganku Menyentuh jiwamu Namun aku masih mampu menyeksa hatiku Untuk terus menyayangimu Mendoakan di hujung pilu dan rindu Agar terjaga anugerah yang satu Cinta teragung dalam jiwaku Cinta hatimu yang menjadi milikku Akan ku abadikan di Raudah Agar terus mewangi di taman syurga Disirami embun taman yang indah Suci dan indah di bawah sukma hati Dan bermunajatlah hati Di pintu Raudah Taman syurga dunia yang terindah Agar aku mampu menguntum senyum Buatmu Di pintu taman syurga dunia Kerana kau adalah Raudahku Dengan Bismillah aku mencintai dirimu Moga doakan tersimpan di atas singahsana Menjemput dirimu di syurga atas sana Dari pintu Raudah syurga dunia Kekal abadi cintaku buatmu Anugerah Yang Maha Pengasih Penguasa seluruh Alam