Posts

Showing posts from April, 2016

Percayalah Sayangku

Image
Percayalah aku tidak pernah melangkah jauh dari hatimu sentiasa di sisi menyulam rindu tanpa kau pedulikan lagi di balik bayang hitam yang kelam Percayalah aku yang seperti dulu yang pernah kau rasai manisnya rindu menghulurkan kasihku saat kau rebah sendiri Percayalah aku akan setia menanti walau harapan itu terlalu jauh dan percaya itu telah hilang dari hatimu yang pernah aku miliki Dan setiap waktu dalam sedar dan mimpi itulah aku yang percaya pada cinta nan ikhlas rindu yang resah akan sentiasa mengejarmu

Penghujung Mimpi

Tidurlah wahai sayangku Dalam lena dibuai mimpi indah ditemani malam yang gelita dibalut cahaya bahgia kerana doaku tidak pernah lena di setiap penghujung mimpiku Biar dukaku sejuta mimpi namun tidak buatmu sayangku akan ku genggam sepimu moga kau tersenyum di balik mimpi Doaku setiap dinihari penghujung lenaku kau di sisi dalam pelukan rinduku

Di Rantai Di Gelangi Rindu

Image
Syahdu malam berlagu sepi Mengiring rawan dalam taman hati Gelisah menanti kau kembali Manja menagih bujukan di sisi Kerana desakan cintaku Di rantai digelangi rindu Sehinggakan diri sanggup mengalah kepadamu Dosamu ku anggapkan debu Bisa diterbang angin yang lalu Ku sedia memaafkanmu Biar aku berparut seribu Agar sembuh lukamu Pahitku rasa madu Pulanglah oh kasihku Ku rayu kepadamu Jangan diturutkan mainan perasaanmu Serikanlah duniaku yang semakin tandus dan gersang Dengan belaian senda guraumu Duhai sayang Oh pulanglah