Posts

Showing posts from 2017

Embun Pelangi Rindu

Wahai kekasih embun pelangi rindu buatmu ibarat hujan di waktu malam sepi dan terasing namun warna pelangi cintamu setia di hatiku Kau lah kekasih cintaku kerana antara sejuta bintang merindu ku pilih hanya bintang hatimu Kau lah kekasihku kan ku rindu selalu kan ku bela cintamu Ruang kosong ini adalah cinta kilauan mutiara yang tercipta dari kasihmu yang pernah memenuhi ruang sukma hati yang tidak akan hilang walau embun kekeringan di ufuk pagi Biar mimpi tercipta lagi untuk ku renungi kembali lagi cahaya matamu bak mutiara yang sentiasa bersinar dalam ruang rindu tiap kali merindu kasihmu Selamat Hari Lahir Sayangku ku jalinkan doa penganti rindu kan ku peluk dirimu walau hanya seketika di balik tabir mimpi kerana hanya kau mutiara kasih rinduku
"...kekasihku... jangan bersedih lagi, keringkan titisan air mata di pipi, kekasihku,tabahkan hatimu, sekalipun tak pernah terduga  halangan yang melanda  melenyapkan impian bersama, jangan dikesali atas apa jua yang terjadi, mungkin rahmat di sebaliknya, membuahkan bahgia..."

Bila Rindu

"...bila rinduku bertaburan di ruang angkasa, menyinari malam yang kelam, ku kutip bintang kejora yang terindah, dan ku sematkan di hatimu, agar sentiasa merasai sinar ikhlas yang terpancar, agar kau sentiasa membawa rinduku di mana jua.. tiap ketika, menemani sepi jiwamu, kerana ku ingin kau merasai  aku sentiasa ada di sisimu... hidup dalam hatimu..."

Anugerah Terindah

Terima kasih atas segalanya Saat yang terindah tetap dalam hati Tidak terpadam walau sedetik Walau semakin jauh merindu Sayangku tetap di hati Yang paling indah dan teristimewa Kerana kau tidak lagi memahami Dalam sedar dan mimpi Aku sentiasa berada di sisi Terima kasih sayang kerana izinku membina cinta yang ikhlas Yang terbina buat bahgia dirimu Setelah sayang yang diimpikan Menjadi mimpi di langit malam Anugerah yang terindah Selamat malam sayangku.. Selamanya menyintai dirimu Tidak lupa doa buatmu Hingga di penghujung waktu Wanita terakhir jiwaku