Keikhlasan Hati Yang Tiada Nilai...
"...setiap ku lakukan dari keikhlasan hati, walau tidak kelihatan ia wujud di sanubari walau ku tahu ia tiada nilai yang mampu memberi makna buat suci hatimu, namun ku lakukan dari titis sayang yang abadi bukan memohon simpati atau sejuta penghargaan cukup niat di hati menabur benih bahgia di hatimu walau tiap kali ku lakukan sering disalah erti menyakit perasaan menguris hati, kerana ia tiada nilai yang setara buat dirimu maafkan aku sayang atas tiap titipan itu tiada makna dan nilai kerana aku tidak mampu menyedia mahligai indah segunung intan emas permata yang mampu ku berikan hanya lah selautan kasih dan sayang segunung setia untuk terus menyintai dirimu biarkan hatiku dilanda resah derita asalkan hatimu terus bahgia..."