Doa Seorang Kekasih

Dengan nama mu Ya Allah
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
satukan hatiku dan hatinya
kekasih hati yang sangat ku cintai
yang telah kau anugerahkan sebuah cinta dalam hatiku
buat hidupnya
akan ku jaga hatinya sebagaimana Kau pelihara dirinya
akan ku lindunginya sebagaimana rahmatMu ke atasnya
akan ku bahgiakan hatinya sebagaimana ujianMu ke atasnya
dan terlindunglah dirinya dalam pelukan
andai ia milikku
akan ku bimbing hayatnya untuk terus menyintai-Mu
dan akan ku jadikan dia,insan yang solehah menyayangimu
kerana dia adalah milik-Mu yang abadi
dan dirinya adalah anugerah untukku
agar ku jaga amanah-Mu sebaiknya
dan andai jodoh itu milik kami
satukanlah...pertemukanlah
kerna kau tahu yang terbaik buat diriku
dan ku akan terima seadanya dirinya
dan dengan izin-Mu Ya Allah
walau beribu tahun terpaksa aku menanti
walau beribu batu akan mencari
dan takdir-Mu Ya Allah...aku redha
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
jagalah dirinya buat hatiku yang merinduinya
lindungilah dirinya buat diriku yang lara
kurniakan rahmat buatnya buat diriku yang sepi
dan sampaikan rinduku padanya...
kerana dia menyintai-Mu dan aku menyintainya
kerana Mu Ya Allah
sebagaimana bintang bercahaya,biarkan cintaku jadi cahaya hidupnya
di dunia dan akhirat....

Comments

Popular posts from this blog

Ku Titipkan Doa Buatmu Di Penghujung Rindu...

Erti Rindu...

Bintang Hatiku Puisi Rindu