setitis air mata

izinkan aku menjadi setitis air mata
di hujung ayu matamu
menemani tika sedih dan pilu
mencengkam jiwa
pabila tangis riang membahgiakan hati
tika rindu membalut hati
agar kau tahu aku sentiasa menemani
tiap detik rasa itu menjelma
di taman hatimu

dan pabila kau membuka matamu
tika sakit resah melanda
aku sentiasa ada di jendela ha
timu
tidak perlu berseru namaku
kerna ku setia ada di hadapanmu
menghulur senyum tika ada titik pilu
menghimpunkan kasih tika ada rindu
kerna rindu bertemankan air mata cukup syahdu
indah ibarat bintang menemani malam
tanpa bintang malam kan kelam

engkau juga tidak perlu resah
dan gundah
kerana seperti air matamu
aku akan pergi jua
hilang di telan angin
dibawa mentari pagi...
setelah air mata tidak lagi mengiringi hati
tidak lagi diperlukan,setelah bahgia menjelma
menjadikan hidupmu lebih indah dari air mata
setelah ada air mata bahgia
yang menjadikan hidupmu indah
kerna tiada yang lebih abadi melebihi yang ABADI

Comments

  1. Setitis air mata itu mampu bertukar bahagia hanya kerana kau ada, tanpa perlu seru, tanpa harus menunggu.
    Pabila satu detik nanti, air mata kering itu hanyalah kerana masa telah berhenti, membatasi segalanya.
    Dan kau tetap ada....menghitung airmata bahagia!

    #ballphython#

    ReplyDelete
  2. "Ketawa dan airmata...itu sebenarnya cinta..kalau kau sedih pastiku rasa...begitu sebaliknya..Ku senang engkau cemburu...
    itu tanda kau sayangi aku..ku tahu kau takut kehilanganku...begitu juga aku...Ku juga suka bila kau curiga..ia mengajarku erti setia..
    apapun sikap mu aku terima...asalkan ada kebaikan..Walaupun sering kau kutinggalkan...itu tiada bermakna kau ku abaikan..memang sesekali sikapmu membuat aku jemu...hingga kau tak kupedulikan
    untuk menyedarkan...Belum pernah ada cinta...di dalam kehidupan manusia...sepanjang masa bahagia....tanpa airmata ....."

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ku Titipkan Doa Buatmu Di Penghujung Rindu...

Erti Rindu...

Bintang Hatiku Puisi Rindu