Sayang,
dalam kehidupan yang sementara,kita sering kali diletakkan pelbagai pilihan. Kadangkala pilihan itu sering menjadi igauan ngeri,adakala ia menjadi kebahgiaan yang indah. Itu adalah ketentuan Ilahi. Namun pabila aku diberi pilihan untuk memilih dirimu,saat itu pasti tidak akan ku lepaskan,kerana memilikimu adalah satu anugerah Yang Maha Pengasih. Dan ku bersyukur kerana anugerah itu hadir saat aku memerlukan sebuah cinta yang indah. Dan kau telah berikan dengan cahaya hatimu. Tiada kata indah yang mampu ku susun melainkan ia terbit ikhlas dari hati yang paling dalam. Ketahuilah sayangku,kau telah mewarnai dunia kelam ku. Menjadi bersinar kembali dengan sentuhan kasihmu. Sebagaimana kau nyatakan,hati dan cintamu hanya milikku hingga akhir hayat,begitu jua hatiku,hanya buatmu seorang dan yang terakhir buatku.

Sayang,
sepanjang usia ku belum lagi mengenali erti cinta yang sebenar. Namun hadir dirimu dalam duniaku membuatku terpaku dan terpesona dengan keindahan cinta yang kau hulurkan. Aku cukup bahgia meneroka alam cinta bersamamu sayang. Dan yang pastinya aku tidak akan biarkan kehilangan dirimu walau seketika. Hilang dirimu bermakna hilanglah nyawaku. Kerana kau adalah nadi hidupku. Buat sayangku yang sentiasa hidup dalam hatiku, biarkan ku menyintai dan merindui dirimu hingga akhir hayatku biar pun kau tiada lagi di sisiku nanti. Dan aku akan nantikan dirimu di atas sana,memenuhi impian hatiku untuk memiliki dirimu.

Comments

Popular posts from this blog

Ku Titipkan Doa Buatmu Di Penghujung Rindu...

Erti Rindu...

Bintang Hatiku Puisi Rindu