Engkau Tetap Satu

dari mersik suaramu
mengamit kehadiranku meyisih sepi
yang sentiasa hadir bertamu
dan dari rindu hatiku buatmu
menyelongkar satu persatu ruang kosong hatimu
yang dibungkam derita sekian lama
dan terdengar suara hatimu
inginkan belaian kasih sayang
yang sekian waktu hilang diusir sengsara
dan andai kau tahu takdirnya hadirku dalam hidupmu
ingin memberi kembali sinar yang sebenarnya
untuk kau miliki
dan andai kau tahu hatiku
setulus ikhlas hanya buatmu
namun mengapa begitu payah untuk hatiku
terus kekal membahgiakan pesona hatimu
biarkan diriku sayang
terus bertakhta di singgahsana persada hatimu
memberikan keagungan cinta dari seluruh jiwaku
buatmu...wanita teristimewa yang pernah ku kenali
dan yang terakhir dalam hayatku...kerana engkaulah yang satu
dalam jiwaku...

Comments

Popular posts from this blog

Ku Titipkan Doa Buatmu Di Penghujung Rindu...

Erti Rindu...

Bintang Hatiku Puisi Rindu