Sayang
bulan cinta tak semestinya sentiasa bercahaya
adakalanya bersinar,adakalanya gerhana
dan terpaksalah kita harungi dalam kelam
andainya hati terseksa dan gulana dalam merindu
dan berbahgialah kita mengharungi malam
andainya hati tenang bahgia.

Sayang,
bukan niat di hati menambah derita
tapi ingin menambahkan bahgia cinta
bukan niat mengundang sengsara
tapi ingin mencurah mencurah kasih cemara

Sayang,
janganlah ada benci antara kita
kerana kau tetap dalam anganku
seroja itu bukanlah milikku
namun cinta kenangan bersamamu itu ada misterinya
dan jangan kisah silam menutup ruang hati kita
kerana ia akan mendustai cinta suci kita
benarlah sayang
walau ditelan pahit dibuang sayang
kau tetap kekasihku
kaulah satu-satunya yang ku cintai
yang akan ku nanti hingga saat terhenti
kerana cinta ku hanya milikmu
biarpun di jarak perindu beribu tahun jaraknya...

~megat iskandar & one love 21~

Comments

Popular posts from this blog

Ku Titipkan Doa Buatmu Di Penghujung Rindu...

Erti Rindu...

Bintang Hatiku Puisi Rindu