...ku pendam sebuah duka
dalam kesamaran mencari waktu
menanti saat terurai sebuah ungkapan cinta
ku kocak lautan rahsia hatimu
menanti sebuah jawapan
yang bisa membuat jiwaku tenang...

...cintaku buatmu kekal abadi
walau berkocak tenang lautan dibuai badai
kasihku padamu tak akan goyah
walau seketika
kerana ia terbina dari keikhlasan hatiku
yang ku ingin kau rasa manisnya cinta...

ku akan setia padamu
walau segunung rahsia terhampar
membuai hatiku meneka dalam kesamaran waktu
meraba dalam kegelapan
kerana ku nanti di hujung sana
pintu cahaya dari hatimu
menyinari hatiku yang kelam
tenangkan jiwaku yang perlukan sentuhan cintamu...

Comments

Popular posts from this blog

Ku Titipkan Doa Buatmu Di Penghujung Rindu...

Erti Rindu...

Bintang Hatiku Puisi Rindu