Salju Mimpi

bagai salju malam
melepaskan sejuk yang membeku
dan mimpilah wahai hati
aku menanti dengan ikhlas

sejujurnya setiap waktu berlalu
kuatkan cintaku yang menjadi milikmu dulu
hapuskan ruang kosong dan sepi
kerana aku hanya ada dirimu

dan sedetik mungkin
lebih bermakna dari bertahun
kerana bahgia yang menyelimutiku
itu adalah dirimu
yang menghangatkan sejuk malam

terbanglah wahai mimpi
mencari dukamu semalam
membuang rasa duka dalam sangkar hatimu
agar nafas kita bertaut kembali
bersatu dalam neraca hati
walau dalam tidur
ku tetap menantimu


Comments

Popular posts from this blog

Ku Titipkan Doa Buatmu Di Penghujung Rindu...

Erti Rindu...

Bintang Hatiku Puisi Rindu