Lihatlah Wahai Kasih

Lihat dari hatimu
kau akan tahu keikhlasan kasihku
tiada yang indah
namun mencuba
menjadikan ruang yang kecil
lebih indah dari dunia

Lihat padaku kasih
tiada lagi mampu ku ucapkan
sayang yang mempersona
cinta yang mengoda
kerana dirimu kekal abadi
selagi nadi mampu bertasbih

Lihat dari suci sifatmu
memafkan itu indah
jiwa tenang dan bernyawa
walau sulit untuk dilafaz
namun memberi sejuta rasa
keindahan di sisi Ilahi
Yang Maha Pengampun

Lihatlah wahai sayang
dalam doa yang syahdu
ku susun namamu
di baris indah
moga rahmat Allah
buatmu dunia dan akhirat.

Hanya doa mampu bicara
kala rindu mengoda mimpi
aku menanti hingga dinihari
wajahmu menemani alam mimpi
terima kasih wahai kasih
kerna hadir mengubat hati
walau hanya sekadar mimpi
anugerah suci dari Ilahi.

Comments

Popular posts from this blog

Ku Titipkan Doa Buatmu Di Penghujung Rindu...

Erti Rindu...

Bintang Hatiku Puisi Rindu