Setiap yang ku lakukan hanya buatmu...

..setiap ku lakukan adalah buatmu
setiap bicara rindu peneman hatimu
setiap lafaz cinta hanya buat hatimu
setiap ku korbankan hanya untuk hidupmu
ku ingin kau tahu bahawa tiada kata mampu ku lafazkan
hanya untuk memiliki hidupmu
yang penuh warna-warni kehidupan
dan ketabahan hati
dan ku cuba selongkar alam hatimu
untuk ku raih bersama onak dan noda
suka dan duka...agar ku mampu menyintai dirimu
tanpa menyakitkan jiwamu
kerana ku ingin kau bahgia dan tenang
bersama hatiku..."


~megat iskandar 21~

Comments

Popular posts from this blog

Ku Titipkan Doa Buatmu Di Penghujung Rindu...

Erti Rindu...

Bintang Hatiku Puisi Rindu