bagaimana lagi harus aku nyatakan
rasa cinta dan sayangku hanya buatmu
adakah kau merasakan setiap denyutan nadi hatiku
atau hanya angin lalu menyapa lembut wajahmu
dan ia hilang tanpa bayangan
bagaimana lagi ingin ku luahkan rasa
dari lubuk hati yang dalam
betapa cintaku hanya satu
dan cinta nan satu itu ku hadiahkan buat peneman hidupmu
adakah kau merasakannya sayang
atau adakah ia hanya sekadar penjara sepi buat hidupmu
kerana kau tahu aku akan sentiasa ada buatmu
tika waktu hatimu memerlukan diriku
kerana kau tahu aku akan setia menantimu
kerana kau tahu hidupku hanya buatmu
kerana kau tahu ku akan sentiasa mengejar hatimu
kerana kau tahu diriku hanya ingin kau miliki
buat selamanya...
dan kau jua tahu,sampai tikanya kau akan meninggalkan diriku
untuk mencari ketenangan hati dan kebahgiaan hidup
yang lebih sempurna...

~megat iskandar~

Comments

Popular posts from this blog

Ku Titipkan Doa Buatmu Di Penghujung Rindu...

Erti Rindu...

Bintang Hatiku Puisi Rindu