tika aku memerlukan cintamu...

...tika aku dalam kedukaan
kau hadir mengusir duka
...tika aku dalam kerinduan
kau hadir hulurkan sentuhan
...tika aku dalam kesakitan
kau hadir memberi sentuhan
...tika aku hilang pedoman
kau hadir menyinari ingatan
...tika aku dalam kesunyian
kau hadir memberikan senyuman
...tika aku memerlukan setiap detik untuk menyulam bahgia
kau pasti akan hadir bersama suci sebuah cinta,
itulah dirimu yang ku agungkan dalam hatiku
tiada ruang pemisah walau jarak mengongkong masa
kau yang hadir tanpa paksaan
setiasa ada untuk diriku
kasih sayangmu setia buatku
kejujuran hatimu menambat hatiku
kerana kau adalah wanita sempurna buat kebahgiaan hatiku...
sayangku...hadirlah di setiap saat bertamu
kerana ku amat memerlukan cintamu
sebagai penawar kalbu..
tanpa hatimu...duniaku binasa dalam syahdu.

~mi & zl~One lOve 2011~

Comments

Popular posts from this blog

Ku Titipkan Doa Buatmu Di Penghujung Rindu...

Erti Rindu...

Bintang Hatiku Puisi Rindu