...aku yang lemah tanpa cintamu
aku yang hilang tanpa kasihmu
dan aku adalah pengemis cintamu
tanpamu tiada lagi ruang yang indah
untuk aku merasai kebahgiaan hidup
tanpamu tiada lagi manisnya rindu
yang pernah menemani setiap waktu sepiku
tanpamu aku hilang arah tuju
kerana kau adalah nyawa hidupku...
tapi dalam setiap perhatian dan sepenuh sayang
dalam kesetiaan dan kejujuran
masih ada ruang kealpaan diri
yang membuat suci hatimu terluka
tanpa sedar membuat jiwamu meronta
atas cinta yang terlalu ku dambakan dalam hatimu
aku telah khianati agung cintamu padaku
tanpa aku sedari
dan aku tidak akan lari dari medan cinta ini
aku akan kembali meraih semula keindahan hatimu
yang pernah bertakhta dalam jiwaku
dan aku akan kembali untuk terus menyintai dirimu
walau apa jua rintangan mendatang
tempuhi dengan ketabahan hati
dan semangat cintamu yang terus hidup dalam hatiku
untuk mengenggam kembali hidupmu
dalam hidupku....kerana hatimu adalah hatiku....




Comments

Popular posts from this blog

Ku Titipkan Doa Buatmu Di Penghujung Rindu...

Erti Rindu...

Bintang Hatiku Puisi Rindu