...dari lubuk hatiku...

Sayangku...
sinar nilai kasih sayangmu
bukan intan permata jadi taruhan
eratnya kemesraan yang terjalin antara kita
adalah dari hatiku dan hatimu jua.

Kita cipta bahagia bersama
saling mengingati di mana jua berada
kita pasrah pada ketentuan Ilahi
mengharapkan kebahgiaan yang kita kecapi kini
akan terus berkekalan...
biarpun beribu rintangan menghalang
ku tetap teruskan jua menyintaimu
biarpun beribu wanita dihadapanku
pastinya dirimu tetap jadi pilihan hatiku
...lantaran peribadimu tiada bandingan
amat menyenangkan sukma hatiku,
doa ku ke hadrat Ilahi
semoga setiap liku hidupmu
diberkati rahmat dan hidayah-Nya selamanya.

Sayangku...
aku amat menyenangi setiap apa kau lakukan pada diriku
biarpun ada kalanya aku terpaksa menahan kepedihan jiwa
biarpun pedih aku amat meyayangi dirimu
kerana aku mahu kau tahu
kasih sayangku bukan mainan bicara
tetapi lahir dari hati yang tulus ikhlas
aku harap dirimu akan mengerti
apa yang terpendam di lubuk tasik hatiku...
menyintaimu di dunia dan akhirat...
walau aku bukan dilahirkan yang terbaik buat dirimu
namun sedayanya ku cuba menjadi yang terbaik dalam dunia hatimu.

~18 Mei 2011 - 0730~


Comments

Popular posts from this blog

Ku Titipkan Doa Buatmu Di Penghujung Rindu...

Erti Rindu...

Bintang Hatiku Puisi Rindu