Percayalah wahai sayangku

Percayalah aku tidak pernah melangkah jauh dari hatimu sentiasa di sisi menyulam rindu tanpa kau pedulikan lagi di balik bayang hitam yang kelam Percayalah aku yang seperti dulu yang pernah kau rasai manisnya rindu menghulurkan kasihku saat kau rebah sendiri Percayalah aku akan setia menanti walau harapan itu terlalu jauh dan percaya itu telah hilang dari hatimu yang pernah aku miliki Dan setiap waktu dalam sedar dan mimpi itulah aku yang percaya pada cinta nan ikhlas rindu yang resah aku akan sentiasa mengejarmu walau hujung dunia kau bertamu kerana kau milikku selamanya

Comments

Popular posts from this blog

Ku Titipkan Doa Buatmu Di Penghujung Rindu...

Erti Rindu...

Bintang Hatiku Puisi Rindu