Demikianlah Bintang Hatiku Hilang

Demikianlah kisah lalu, Yang ku bawa dan ku simpan, Dalam rahsia hati, Tidak mungkin terurai, Hingga kau kembali lagi, Ingin kembali rindu yang kau lenyapkan, Memeluk pilu sayang yang ku hamparkan, Kerana segalanya hanya buatmu. Bertahun yang menghilang, Kelam jiwa dalam merindu, Hati meronta dalam suram, Jiwa tertanam di dalam kali yang kontang, Berjalan tanpa arah tanpa wajahmu yang ku damba, Kerna janji ku padamu, akan jaga jiwamu walau hilang di mana jua, Dan menyusur setiap langkahmu, Walau hilang dalam gelap. Demikianlah... Seadanya hatiku hanya buatmu.

Comments

Popular posts from this blog

Ku Titipkan Doa Buatmu Di Penghujung Rindu...

Erti Rindu...

Bintang Hatiku Puisi Rindu