Embun Pelangi Rindu

Wahai kekasih
embun pelangi rindu buatmu
ibarat hujan di waktu malam
sepi dan terasing
namun warna pelangi cintamu
setia di hatiku

Kau lah kekasih cintaku
kerana antara sejuta bintang merindu
ku pilih hanya bintang hatimu

Kau lah kekasihku
kan ku rindu selalu
kan ku bela cintamu

Ruang kosong ini
adalah cinta kilauan mutiara
yang tercipta dari kasihmu
yang pernah memenuhi ruang sukma hati
yang tidak akan hilang
walau embun kekeringan di ufuk pagi

Biar mimpi tercipta lagi
untuk ku renungi kembali lagi
cahaya matamu bak mutiara
yang sentiasa bersinar
dalam ruang rindu
tiap kali merindu kasihmu

Selamat Hari Lahir Sayangku
ku jalinkan doa penganti rindu
kan ku peluk dirimu
walau hanya seketika
di balik tabir mimpi
kerana hanya kau
mutiara kasih rinduku

Comments

Popular posts from this blog

Ku Titipkan Doa Buatmu Di Penghujung Rindu...

Erti Rindu...

Bintang Hatiku Puisi Rindu