Setiaku Di Sini


Pernah aku bingkiskan
dalam waktu yang indah
tidak terjangkau oleh fikiran
kita akan bersatu hati
menyusun rindu dan sayang
menghurai seloka dan bicara
tawa dalam gurauan yang riang
bahgia bersama tanpa terlihat
tangan yang menghalang...
dahulu yang indah
penuh bahgia dan rindu yang mencengkam
kau dan aku adalah satu
satu ketika menjadi cemburu hati
yang melihat dan meneka
siapakah di hatimu sayang
yang mempu membuat jiwa geloramu
tersenyum riang setiap detik
dan aku jadi anugerah terindah di mahligai hatimu

walau telah berlalu kisah cinta kita
dengan penuh syahdu dan linangan air mata
namun rindu itu tidak pernah menyingkirkan namamu
apatah lagi hatimu
kerana aku setia di sini
menyulam rindu
untuk aku persembahkan padamu kasih
andai satu detik nanti
kau mampu memalingkan kembali
hatimu buatku semula
ku setia menanti kepulanganmu kembali
biar pun hanya seketika
kerana setiaku di sini
menjaga cintamu dan jiwamu....

Comments

Popular posts from this blog

Ku Titipkan Doa Buatmu Di Penghujung Rindu...

Erti Rindu...

Bintang Hatiku Puisi Rindu