Ikhlas yang bersantun

camar yang hilang
Tidak mampu meneka
Malam dan siang
Arah yang tersembunyi
Tiada penanda yang wujud
Segalanya hanya bayang kelam

Aku mencari potret wajahmu
Yang dulu terlukis dalam pandangan hatiku
Bingkai hati yang musnah
Di mamah rindu yang resah
Sepi dan muram
Lukisan wajahmu hilang
Di bawa arus tabir mimpi
Yang lemah dan pilu

Terlalu banyak yang silap
Dalam sumpah setia
Yang dimeterai dengan air mata
Hingga darah menjadi saksi
Betapa aku rakus dalam ikhlas
Menyintai hanya dirimu
Sedangkan akhirnya
Aku di tanam dalam lautan racun rindu
Lemas...kau hanya memandang dengan tawa
Hanya kerana ikhlas itu bersantun
Tidak pandai berdendam
Apatah lagi melukakan
Akhirnya aku tetap katakan
Aku sayang padamu...
Walau dalam tidur ku tetap menantimu

Comments

Popular posts from this blog

Ku Titipkan Doa Buatmu Di Penghujung Rindu...

Erti Rindu...

Bintang Hatiku Puisi Rindu