Pesanan Buat Kekasih

Sewaktu kau melangkah
meninggalkan diriku
sebaknya rasa di dalam dadaku
menahan titis air mata

Ingin aku berpesan
kepadamu kekasih
sekiranya engkau merindui diriku
hubungilah aku di sini

Jika ada kesilapan diriku
maafkanlah diriku oh sayang
dan izinkan aku bertanya
mengapa kau berubah hati

Kiranya ada pengantiku
tetapi hidupmu tak bahgia
rela ku memaafkanmu
dan menerima mu sayang

Walaupun hatiku kau lukai
namunku masih menyayangi
kerana sehingga waktu ini
cintaku masih untukmu

Oh sayang di mana kau berada
janganlah kau lupakan aku
ingatlah aku walau sesaat
seorang insan yang terluka.


Comments

Popular posts from this blog

Ku Titipkan Doa Buatmu Di Penghujung Rindu...

Erti Rindu...

Bintang Hatiku Puisi Rindu