Ku Pendam Rindu Padamu

ikhlaskah aku dalam bicara
dalam bisu hati meruntun
bicara hati yang indah
bukan sekadar kata
tapi isi hati yang terpendam sepi

mungkin rindu hati ini
tidak pernah kau tahu
atau  pun kau rasai
kerana segalanya ku simpan di hati
hanya buat dirimu

biarlah nukilan ini kekal abadi di sini
di hati yang telah terukir namamu

ku simpan jiwamu
dan rindu padamu
hanya doa pada Ilahi
moga dirimu sentiasa dilindungi
dalam tatapan mimpi.








Comments

Popular posts from this blog

Ku Titipkan Doa Buatmu Di Penghujung Rindu...

Erti Rindu...

Bintang Hatiku Puisi Rindu