Andai Nanti
Andai nanti
di hujung alam
Terbentang
kasih nan luas buat kau renang
Jangan
dilupa aku yang terpinggir jauh
Di sudut
pantai sepi menganyam buih rindu
Andai nanti
saujana angkasa di pandangan matamu
Ingatilah
kasih yang telah ku bentangkan
Walau tidak
seindah kejora yang menyinar di angkasa
Walau tidak
sehebat bintang hati yang menerangi
Yang telah kau pilih untuk temani hidupmu.
Akan ku ukir namamu di atas kayangan
Dan ku hiasi dengan cahaya gemerlapan
Akan ku alinkan dengan kasih dan sayang
Kerana kasih
ku tulus seluhur kerlipan bintang
...kau lah satunya bintang hatiku.
Comments
Post a Comment