Mencari Nikmat Hidup

mencari nikmat hidup
yang tiada kematian di dalamnya
ibarat mencari sebutir bintang
di lautan paling kelam
bercahaya namun tidak tercapai
oleh hati

bintang hatimu indah
namun hilang di balik sunyi
dicengkam derita membakar angan
jiwamu resah menghitung rindu
yang menghilang terbuang
terpinggir dari hatimu

ketahuilah wahai sayangku
tiada sedetik waktu dalam hatiku
menyingkir kasihku padamu
yang setia menghitung waktu
untuk menyentuh kembali rindu dulu
yang telah tenggelam di lautan air matamu
yang telah hilang dibalik dukamu
dan biarlah bintang hatimu sayang
kembali menyinari hidupmu
menyulam kasih dipeluk kerinduan
kerana kau adalah satu sinar hiduku




Comments

Popular posts from this blog

Ku Titipkan Doa Buatmu Di Penghujung Rindu...

Erti Rindu...

Bintang Hatiku Puisi Rindu