Rindu Sentuhan Cahaya Hatimu

saat memandang ke hadapan
tiada lagi kelam yang melindungi
dan bukan lagi duka yang menyelimuti
kerana segalanya telah kau hilangkan
dengan sentuhan kasih
yang tiada taranya bagiku
bercahayalah hatiku
dengan cintamu yang suci

dan berlindunglah dirimu
dalam pelukan kasihku
yang tercipta untukmu
walau kini hanyalah bayang-bayang silam
terpaku aku dalam kesepian

dengarlah wahai sayang
tidak pernah tersingkir dirimu dari hatiku
tidak pernah hilang rinduku padamu
seperti mana kau dan mentari
pengemis ini akan terus meminta
serangkaian cahaya hatimu...






Comments

Popular posts from this blog

Ku Titipkan Doa Buatmu Di Penghujung Rindu...

Erti Rindu...

Bintang Hatiku Puisi Rindu