Keikhlasan Hati Yang Tiada Nilai...

"...setiap ku lakukan dari keikhlasan hati,
walau tidak kelihatan ia wujud di sanubari
walau ku tahu ia tiada nilai yang mampu memberi makna
buat suci hatimu,
namun ku lakukan dari titis sayang yang abadi
bukan memohon simpati
atau sejuta penghargaan
cukup niat di hati menabur benih bahgia di hatimu
walau tiap kali ku lakukan sering disalah erti
menyakit perasaan menguris hati,
kerana ia tiada nilai yang setara buat dirimu
maafkan aku sayang
atas tiap titipan itu tiada makna dan nilai
kerana aku tidak mampu menyedia mahligai indah
segunung intan emas permata
yang mampu ku berikan hanya lah selautan kasih dan sayang
segunung setia untuk terus menyintai dirimu
biarkan hatiku dilanda resah derita
asalkan hatimu terus bahgia..."


Comments

  1. «Pernah dulu..ku fikirkan...tanpa cinta..tak mengapa..tapi kini....ku rasakan...sunyinya di hati...baru kini ku tahu...nilai cintamu...»

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ku Titipkan Doa Buatmu Di Penghujung Rindu...

Erti Rindu...

Bintang Hatiku Puisi Rindu