Berdua Bersatu

kenapa cinta kita
selalu saja diduga
bagai ada tak merestui
kita berdua bersatu

atau mungkin kau dan aku
ditakdir untuk berpisah
walaupun melawan arus
kita berdua bersatu

seringkali ku mendengar
patah tumbuh hilang berganti
tetapiku tidak mahu
cinta selain darimu

jika denganmu salah
ku tak mahu yang benar
jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
walau dilanda badai
ku sanggup kerna ku mampu
kita berdua bersatu

jika denganmu kabur
ku tak mahu yang jelas
jika denganmu hayut
biarlah aku lemas
walau dilanda ribut
ku sanggup kerna ku mampu
kita berdua bersatu...

Comments

  1. Andai tersurat kita berdua bersatu
    bukanlah kerna sanggup mengharung ribut
    Meredah badai, melawan taufan
    Hanya kerna aku memang milikmu
    Kita berdua bersatu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ku Titipkan Doa Buatmu Di Penghujung Rindu...

Erti Rindu...

Bintang Hatiku Puisi Rindu