aku yang kau tinggalkan di ruang kosong yang kelam,dicengkam kesepian yang setiap detik menikam pilu hati,kau yang melihat diriku terdampar terasing jauh memerhati,di saat kau merasai manisnya kebahgiaan yang menjadi impian hatimu,disulam rasa cinta dan sayang yang lebih indah menyelimuti hidupmu,perpisahan amat menyeksakan buat diriku,walau ia sepatutnya kau lakukan untuk memenuhi hasrat cintamu,yang inginkan sebuah kebahgiaan yang abadi,aku terlantar memerhati hatimu dari hatiku yang kau tinggalkan,dan ketahuilah oleh dirimu sayangku,hatiku adalah tercipta buat dirimu yang akan setia menantimu andai ada lagi ruang buat diriku kembali merajai hatimu,dan kau tetap permaisuri hatiku hingga akhir hayat,selagi takdir adalah buatku,kau adalah tercipta buatku...Ya Allah,lembut dan bukalah hatiku kekasih hatiku agar kekal dan setia menyayangi dan menyintai diriku hingga akhir hayat,dan kepada Mu Ya Allah aku bermohon,jodohkan aku dan dia di dunia dan akhirat,dengan Ya Rahman dan Ya Rahim...Insya Allah..
...buatmu sayangku...
"..buat kekasih hatiku sayang yang sentiasa menguntum kasih yang tiada taranya buat dunia hatiku,yang menyulam sayang yang sentiasa membuat hatiku tenang,ku kirimkan rindu yang bertamu buat peneman hatimu agar hati kita sentiasa bahgia bersama...ku sayangi dirimu sepenuh hati dan jiwaku,kerana ruang hatiku telah di penuhi dengan kasih sayangmu...hanya untuk dirimu sayang..."
Comments
Post a Comment