...ku cari rindumu yang hilang...

rindu ku padamu
ibarat ombak yang setia pada pantai
tiadalah pantai tanpa ombak
tiadalah hatiku tanpa merindu dirimu

ku sentuh hatimu
di angin lalu,mencari rindumu yang hilang
dalam kegelapan sekalipun ku tetap mencari
kerana kemilau cahaya dari hatimu
sentiasa menemani diriku
yang setia merindui dirimu

seandainya rindumu hilang
izinkan aku setia merindui dirimu
dari saat ini hingga ke hujung nyawa
dan ia kekal abadi bersemadi bersama duka hatiku

rindumu ibarat nyawa hatiku
hilang seketika,terhenti degupan hati
rindumu ibarat semangat yang meronta
hilang sedetik,longlai lah jiwa

dan ku setia menanti rindumu kembali
bertakhta dalam hatiku
yang tersimpan kukuh namamu
selamanya hingga hayat itu akan kembali
mengadap Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang...

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ku Titipkan Doa Buatmu Di Penghujung Rindu...

Erti Rindu...

Bintang Hatiku Puisi Rindu