...peluklah diriku yang sedang membeku
genggam erat tanganku yang sedang terkeliru
sentuh hatiku yang sedang merayu
belai jiwaku yang sedang diburu rindu
cumbu mataku yang sedang memandang ayu wajahmu
...katakan kau rindu padaku yang sedang merayu
katakan cinta padaku yang sedang terpaku malu
bisikkan kalimah asmara dikamar beradu
bingkiskan doamu di tasik rindu
jangan biarkan aku hilang dari jiwamu
kerana kau tahu, hatiku adalah hatimu
kerana kau tahu, kau adalah nyawaku
kerana kau tahu, kau adalah semangat hidupku...

Comments

Popular posts from this blog

Ku Titipkan Doa Buatmu Di Penghujung Rindu...

Erti Rindu...

Bintang Hatiku Puisi Rindu