"...terima kasih sayang di atas setiap pengorbanan yang tidak terhingga buatmu padaku,setiap titis kasih yang kau semaikan dalam hatiku menjadi penawar duka dan lara. Walau kadangkala kau lalui kepayahan dan kedukaan,namun suci hatimu sentiasa membahgiakan hidupku tanpa kenal erti penat dan lelah. Dan kau sentiasa berusaha untuk menghiburkan hatiku walau kau menderita di sudut hati yang paling dalam. Riak suci wajahmu mengambarkan kebahgiaan dengan gelak tawa dan senda gurau,namun di hati terpendam kedukaan dan kesakitan yang teramat sangat. Dalam ruang waktu yang masih ada,ku sentiasa mencuba yang terbaik untuk membahgiakan hidupmu, mengembalikan sinar kebahgiaan yang telah hilang sekian lama dalam hidupmu. Memberikan kembali kasih sayang yang tidak pernah kau kecapi selama ini. Namun ku akan mencuba sedaya upayanya untuk terus berbakti pada hati dan hidupmu, setakat mana yang termampu ku lakukan...kerana ku insan yang serba kekurangan. Terima lah sayang cintaku sadayanya, kerana ku bukan yang terbaik yang pernah kau miliki, namun ku sentiasa mencuba yang terbaik dari hatiku demi cintaku padamu yang tiada taranya. Dan kasihku padamu tiada sempadan waktu untuk kau rasai. Demi cintaku padamu, ku lakukan apa saja untuk kebahgiaan hatimu...
Mutiara Embun - Search
Setahun yang lalu kau di sisi, Namun hilang kembali, Mencari setia kekasih mu, Antara kau aku dan kawan, Dalam segala cinta ku miliki, Hanya kau satunya awan, Gemawan rindu, Kesepian hina terasa, Memecah hallus rindu cintaku ini, Jeritan manja manis senja, Warna keindahan mu, Kaulah kekasih, Kau kekasih cintaku, Kan ku rindu selalu, Kan ku bela cinta mu....., Ruang yang kosong ini, Siapakah dia?, Cinta kilauan mutiara, Bagaikan embun pagi, Akan kekeringan akhirnya, Bilamana mentari terbit tinggi, Bagai embun pagi, Akan kekeringan.
Comments
Post a Comment